Monday, 6 February 2012

program motivasi brtempat di IPK Kepayan



nilah gambar time buat program ngan budak2 skolah rendah..buat kai IPK Kepayan..dorg x nak buat kt skolah dorg atas sbb2 yg trtentu.


nilah hasil rekaan budak2 skolah rendah..amacam? kreatif kan? ni namanya kasut kotak..dlm kasut ni teletak sbiji yelur yg mana kalau dipijak x kan pecah..so dorg kena pandai2 la buat kasut then smpan telur dlm kasut tu lpastu pkai kasut tu and pastikan telur dlm kasut tu x pecah kena pijak..susah juga kan? huhu..


ni pula gmbar fasi tlg beri rnjuk ajar kpd anak buah masing2..budak2 ni mmg manja..maklumlah masih kecik kan..huhu



haaa...ni dia gmbar pnceramah kita..amacam? ada mcm aaron aziz tak? hensem kan? ahahhhaa..ni la dia pnceramahnya..namanya mohd fahnan b abd wahab..dulunya seorg peguam dan kini brkhdmat sbgai pnsyarah di kolej islam sains dan teknologi..k lah..admin dah pnat..smbung di hari yg lain lg k..bye dan assalammualaikum..:)











Thursday, 2 February 2012

Program Motivasi

Logo diatas adalah syarikat Marvelous E-Training and consultancy kepunyaan abg saya. Syarikat trsebut mnyediakan perkhidmatan program motivasi yg terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah,IPTA dan IPTA juga kepada kakitangan kerajaan dan juga bukan kerajaan. Di sabah kami pernah mmbuat program dengan wisma BSN iaitu jabatan penerbitan al-Quran, IPK kepayan, IPK karamunsing, sekolah2 menengah, Wisma wanita dan lain2 jabatan. lembaran yg akan datang sy akan sertakan gambar2 program yg telah kami jalankan dan sedikit info tentang syarikat tersebut


jika brminat untuk mngadakan pgram motivasi bolehlah brhubung dengan pnceramah kami iaitu Encik Mohd Fahnan Bin Abdul Wahab ditalian 019-6036313 ataupun sy sndiri di talian 013-5509150. tq

BIDAYATUL HIDAYAH (PERMULAAN JALAN HIDAYAH)


PERMULAAN HIDAYAH ITU ADALAH DENGAN ILMU
Bismillah wal hamdulillah..

Perkongsiaan bersama..
Memetik penulisan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra dalam kitab bidayatul hidayah mengenai adab-adab awal dalam menuntut ilmu. Moga ianya dapat dimanfaat oleh kita semua..

Ketahuilah~ wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita2 yang tinggi dan rasa yang sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan~ Seandainya dirimu berminat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dalam kalangan kawan2 dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasa kerugian. Ketika itu guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperta sabda Rasulullah saw:

“..sesipa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut..”

Dan jika niatmu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan ALLAH dan mencari hidayah, bukan semata2 untuk pandai bercakap mka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada di lautan dan hidupan yang berada di daratan akan memohon keampunan untukmu..
Hendaklah dirimu mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada ‘bidayah’ (permulaan) dan ahda pula nidayah(kesudahan) dan ada ‘zahir’ dan ada ‘batin’. Dan dirimu tidak akan sampai pada nidayahtul hidayah dan tidak akan dapat menyelami batin hidayah kecuali dirimu telah selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan zahir hidayah..

Dan ketahuilah bahawa manusia dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:
1. Orang yang menuntut ilmu untuk menjadikan ia sebagai bekalan ke negeri abadi maka ia tidak berniat dengan mencari ilmu selain hanya mendapatkan redha ALLAH dan negeri akhirat. Maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

2. Orang yang mencari ilmu untuk mendapat keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan pangkat dan harta benda sedang ia menyedari hal ini dan merasa dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Orang ini berada dalam golingan yang berbahaya. Jika matinya tidak sempat untuk bertaubat maka ia dalam golongan yang merugikan diri dan matinya dalam su-ul khatimah(diserahkan pada ALLAH urusannya samada dimaafkan ALLAH ataupun diseksa). Namun seandainya ia bertaubat dan memperbaiki amal dan ilmunya maka ia akan bersama golongan yang beruntung.

3. Orang yang dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megahan dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramainya pengikut. Dia menggunakan ilmunya untuk mencapai segala hajatnya untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian dia menganggap dia mempunyi kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH kerana zahirnya ia menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama, namun pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia. Golongan ini termasuk dalam golongan orang yang binasa dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapanya untuk bertaubat kepada ALLAH kerana ia telah menyangka berbuat baik dan terlupa akan firman ALLAH Taala:

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?..As saff:2

Maka jadikanlah dirimu bersama golongan pertama dan berhati-hatilah supaya tidak termasuk dalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut kematian sebelum sempat ianya bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada. dan jangan sama sekali kamu termasuk ke dalam golongan yang ketiga maka engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan yang sukar untuk diperbaiki..

~ Imam Al Ghazali ra~

Maka jika dirimu bertanya;' ..apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua bahagian:

1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)

2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).


p/s:
MUHASABAH BERSAMA DALAM MELETAKKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH..

Selamat meneruskan pengajian buat sahabat2 dan adik2 di kampus. Moga semuanya diniatkan kerana ALLAH…

Juga selamat berjuang buat sahabat dan saudara islam semuanya..
~Menuntut dan menyebarkan ilmu itu juga adalah jihad~

Tuesday, 31 January 2012

dugaan

dalm kita hidup ni x pernah kalau x di timpa plbagai dugaan..mcm aku la juga..lepas satu satu yg dtg..yg mampu aku buat just bserah..insyAllah pasti ada hikmah di sebalinya..normal la kan..klau xde masalah,tu x normal namanya..

boring

aku x tau hari ni hari k brapa aku kerja..tapi yg pastinya kerja ni sgt mboringkan..xde life..tambah2 lagi masalah yg sdia ada mjadikan aku sgt stress..